Projector Band Bawa Pulang Dua Anugerah – AIM22

 
  • aim22_01
  • aim22_02
  • aim22_03


Syafiq Zulakifli 21 Dis 2016

aim22_04

Malam Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM 22) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada Ahad lalu, membawa tuah kepada kumpulan ‘Projector Band’ meraih kemenangan menerusi dua anugerah iaitu Anugerah Lagu Strim Paling Tinggi dan Anugerah Muzik Paling Popular di Youtube.

Lebih daripada 19 juta tontonan di Youtube menerusi lagu “Sudah Ku Tahu” yang menjadi fenomena bagi kumpulan ini.

Kemenangan ini memberikan semangat kepada Projector Band yang bakal ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL 31) yang akan diadakan pada 22 Januari nanti.

Pada malam anugerah itu juga, Projector Band diberikan peluang bersama-sama Khalifah Band membuat persembahan menerusi lagu Sudah Ku Tahu, Assalamualaikum Ustazah dan Hang Pi Mana.

Projector Band turut dicalonkan menerusi Anugerah Artis Baharu Terbaik pada malam tersebut.

AIM 22 dihoskan oleh Adibah Noor dan Harith Iskander.

629

Shambles Band

SHAMBLES BAND di tubuhkan pada awal tahun 2014 bertempat di Klang, Selangor . Mereka lebih dikenali dengan nama THE SHAMBLES. Terhasilnya nama ini adalah singkatan daripada nama Shamin yang merupakan vokalis dan tulang belakang band ini. Pada asalnya, Shambles Band hanya mempunyai 3 orang ahli kumpulan iaitu Shamin (Vokalis), Haridz (Drummer), Eska (Gitar bass).

SHAMBLES BAND kini di anggotai oleh 5 orang anak muda yang di kenali sebagai Shamin Iqwan (Vokalis & Gitar kedua), Haridz (Drummer), Eska (Gitar bass), Farhan (Gitar Utama) dan Haris sebagai (Keyboard). Pada awalnya, SHAMBLES BAND lebih dikenali dengan genre “underground” tetapi kini mereka lebih gemarkan muzik yang bergenre “Alternative / Pop rock”.

SHAMBLES BAND kini tampil dengan single pertama mereka yang bertajuk “TUHAN TOLONG AKU” yang di ilhamkan oleh Shamin yang merupakan vokalis kumpulan ini. Terciptanya lagu ini adalah daripada kisah benar percintaan Shamin bersama kekasih yang pergi meninggalkan dia sendirian tanpa arah tuju dan akhirnya beliau mengadu kepada Tuhan tentang segala perasaannya terhadap bekas kekasihnya.

Pada 2 June 2016, SHAMBLES BAND dengan rasminya telah di lamar oleh syarikat rakaman MAPMUSIC yang akan berkerjasama dalam membantu mereka dari segi promosi dan pengurusan. Single “TUHAN TOLONG AKU” hasil nyanyian Shambles Band di jangka akan berada di corong – corong radio pada awal October. Semoga lagu ini mendapat perhatian semua golongan dari semua peringkat umur dan menarik pendengar dengan melodi dan liriknya yang syahdu itu.


Instagram Facebook

Artist Booking:
Emryll +6017-240 0183  Ayu +603-9221 7977
email: mediaasiapro@gmail.com

4.48 K

Eka Sharif

Nur Atiqah Binti Shariffudin atau lebih dikenali dengan Eka Sharif berumur 29 tahun dan di lahirkan pada 31 October 1989 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Memilki ketinggian yang ideal iaitu 170cm dan berat 50kg menjadikan anak kelahiran Kajang ini selalu tampil menawan. Eka Sharif yang pernah menyertai Akademi Fantasia 9 ini mula melibatkan diri dalam bidang tarian bermula pada usia 5 tahun dan pada umur 16 tahun beliau menceburi pula bidang nyanyian. Selain daripada menyanyi, beliau jugak aktif di pentas peragaan.

Eka Sharif dahulunya pernah bergerak secara duo yang dikenali dengan “Hanarose”. Mereka tampil dengan single bertajuk “ girlfriend”dan single kedua mereka yang bertajuk “ Deritaku “ merupakan ost filem Pengantin Malam. Beliau yang kini mula dikenali apabila aktif menggunakan aplikasi “Smule” dan telah memiliki rating yang tinggi di Smule apabila mula menyanyikan lagu “Sudah Ku Tahu” dari Projector Band.

Gadis manis ini tampil dengan single pertamanya “Mengenal Cinta” pada tahun 2016. Lagu ini adalah hasil ciptaan beliau dan Ardiv Jauhari yang menceritakan tentang seseorang yang baru mengenal cinta dan belajar untuk setia. Lagu yang bergenre “Pop” ini mempunyai kekuatan yang tersendiri.
Selepas tampil dengan single pertamanya, Eka meneruskan perjuangannya dalam bidang nyanyian dengan keluaran single keduanya yang bertajuk “Sepenuh Jiwa”. Lagu Sepenuh Jiwa adalah hasil ciptaan daripada Puyu dan Razif selaku gitaris Projector Band. Lagu yang mengisahkan tentang percintaan antara dua benua, yang saling mencintai walaupun berada jauh di mata. Berpegang dengan kesetiaan, mereka berharap agar selalu mencintai sepenuh jiwa.
Akhirnya pada tahun 2018, Eka Sharif muncul dengan lagu “duet” pertamanya bersama Projector Band yang bertajuk “Percaya Hati”. Lagu ciptaan Razif (Projector Band) ini telah mendapat tontonan lebih dari 3 juta di Youtube. Lagu yang mengisahkan tentang seorang kekasih yang sentiasa meyakinkan kekasihnya agar selalu memahami dan percaya bahawa dirinya akan sentiasa setia kepadanya walau apa pun rintangan. Diharap lagu ini akan terus mendapat sambutan pendengar dan menjadikan lagu ini antara lagu “duet” yang diminati.


Instagram Facebook

For Artist Promotion & Event/Show Booking: Emryll Tahir +60172400183 (Artist Manager)
email: mediaasiapro@gmail.com

5.12 K

Projector Band

PROJECTOR ditubuhkan pada 25 Disember 2013 bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Nama PROJECTOR di cetuskan dari Ahmad Khusairi (Bassist projector) yang merupakan tulang belakang band ini. Pada asalnya, PROJECTOR hanya mempunyai 3 orang ahli kumpulan iaitu Iskandar (Vokalis), Razif (Gitar utama), Ahmad Khusairi (Gitar bass). Dengan komitmen yang penuh untuk terus maju bersama dalam band, mereka tetap mempertahankan nama band tersebut walaupun ahlinya saling bertukar ganti. Dengan usaha yang lebih kuat dan kesungguhan yang tinggi, akhirnya mereka menjadi semakin serasi dan akrab..

PROJECTOR di anggotai oleh 5 orang anak muda yang di kenali sebagai Iskandar (Is) sebagai vokalis, Razif (Angah) sebagai gitar utama, Isnaidi (Edi) sebagai gitar kedua, Ahmad Khusairi (Mat) sebagai gitar bass dan Syafiq (Apit) sebagai Drummer. PROJECTOR dikenali dengan genre ” band rock” yang menampilkan karya mereka melalui media sosial. Pada awal kemunculan mereka, PROJECTOR telah menghasilkan sebuah single yang bertajuk SUDAH KU TAHU yang diilhamkan oleh Razif atau lebih dikenali sebagai Angah yang merupakan gitar utama. Terciptanya lagu ini adalah daripada kisah benar percintaan Razif dengan kekasih yang curang kepadanya. Dengan memiliki suara yang lantang dan penghayatan yang baik dalam lagu ini, Is (vokalis) telah berjaya menarik perhatian pendengar untuk melihat dan menonton karya mereka di youtube yang mencecah hampir 1,000, 000 tontonan.

Pada 11 Disember 2015, PROJECTOR dengan rasminya telah di lamar oleh syarikat rakaman MAPMUSIC yang akan berkerjasama dalam membantu mereka dari segi promosi dan pengurusan. “SUDAH KU TAHU” merupakan single pertama PROJECTOR yang telah menjadi viral di media sosial dan dijangka akan berkumandang di corong – corong radio tempatan pada akhir bulan Februari 2016.


Instagram Facebook

Artist Booking:
Emryll +6017-240 0183  Ayu +603-9221 7977
email: mediaasiapro@gmail.com

6.72 K

Chopper

Chopper, nama band yg berasal dari Bogor, Indonesia ini. Band yang di anggotai oleh Ron (vokal), Lutfy (guitar), Zaky (keyboard) dan Diandra (drum) ini menampilkan konsep muzik pop alternatif. Chopper mengaku menjadi kan Repvblik band sebagai sumber inspirasi kepada mereka, yang selama ini sudah dikenali ramai baik di Indonesia mahupun luar Negara.

“Insya Allah kami bisa tiru Repvblik nantinya. Bukan tiru karyanya, tapi kami ikuti jejak kesuksesan Repvblik yang sudah hadir lebih dulu,” kata Ron vokalis Chopper.

Sebuah single terbaru berjudul Lebih Baik Sendiri (LBS) merupakan bukti mereka serius dalam berkarya, dan bersedia bersaing dengan band-band genre Pop Alternatif yang lain. Dengan tema lagu cinta galau yang diluahkan melalui liriknya. Single ‘Lebih Baik Sendiri’ berkisar tentang kisah percintaan antara dua manusia yang tak pernah akur. Sekuat mana pun bertahan, lelaki itu akhirnya tak mampu untuk menahan perasaannya dan memutuskan untuk pergi dari kehidupan seorang wanita yang dicintainya.

Single Chopper yang berjudul ‘Lebih Baik Sendiri’ di edar dan di pasarkan oleh MAPmusic.


Instagram Facebook

Artist Booking:
Emryll +6017-240 0183  Ayu +603-9221 7977
email: mediaasiapro@gmail.com

897

Killing Me inside

Killing Me Inside (juga dikenalI sebagai Killms) merupakan sebuah band yang berasal dari Jakarta Selatan, Indonesia di bentuk pada Jun 2005. Di saat pembentukkan band ini, telah beberapa kali anggota band telah berubah sehinggalah pada tahun 2014 mereka telah menetapkan 5 orang anggota band iaitu vokalis Vira Razak, gitaris Josaphat Klemens, keyboardist Rudye Nugraha Putra, bassist Angga Tetsuya Wibisana dan drummer Putra Pra Ramadhan. Sejak terbentuk, mereka telah mengeluarkan 4 album yaitu “A Fresh Start for Something New”, “Killing Me Inside”, “One Reason” dan “”Rebirth: A New Beginning””.

Album keempat mereka Rebirth : A New Beginning merupakan buah tangan terbaru dari mereka yang telah pun beredar di pasaran Indonesia pada tahun 2014 . Konsep band yang bergenre modern rock yang lebih ringan dan , mereka mempertaruhkan single pertama mereka dari album ini yang berjudul ‘ Kau dan aku berbeda’. Band ini yg lebih selesa di kenali dengan nama singkatan KILLMS mempunyai 3.8 juta pengikut dan peminat mereka di laman social facebook . Single pertama mereka dia Malaysia ‘Kau dan Aku berbeda di edarkan oleh MAPmusic.

Pencapaian
• Indigo Digital Music Awards 2010 – The Best Indie Music & The Best New Artiste
• Anugerah Musik Indonesia 2012 – Rythm & Blues / karya produksi
Diskografi
• A Fresh Start for Something New (2009)
• Killing Me Inside (2010)
• One Reason (2012)
• Rebirth: A New Beginning (2014)


Instagram Facebook

Artist Booking:
Emryll +6017-240 0183  Ayu +603-9221 7977
email: mediaasiapro@gmail.com

748

Rutikiju

Bermula dari dua anak muda yang masih menuntut di Fakulti Ekonomi di sebuah Universiti di Jakarta pada tahun 2002, tepatnya Trisakti, Rutikiju terbentuk kerana dua anak muda yang ingin mencapai cita-citanya dalam berkarya muzik iaitu Rezy dan Adit. Mereka berdua selalu bertukar fikiran dalam hal muzik, mulai dari pembahasan soal music pop, reggae, ska, rock dan banyak lagi.

Kerap kali mereka ini saling berbincang untuk mendapatkan ilham karya muzik yang diinginkan. Pada awalnya hanyalah untuk meneruskan project band yang sudah ada, tapi yang terjadi tercetus idea untuk membentuk band baru yang di ilhamkan oleh Rezy untuk menghasilkan karya muzik sendiri dengan hasil karya yang jujur dan tidak dibuat-buat, dan akhirnya bersepakat untuk berkarya dgn genre muzik POP MODIES singkatan dari Pop Modern Oldies.

RUTIKIJU kenapa nama ini di pilih? Hanya secara kebetulan kerana hobi kedua rakan baik ini yang gemar makan roti bakar keju dan minum kopi sambil berbincang mengenai karya muzik mereka. Mereka juga lebih selesa memilih Rutikiju dari Roti Keju kerana mahukan sedikit kelainan dari segi sebutan, supaya mereka tampil lebih unik.Konsep musik Rutikiju yang ceria, easy listening dan sederhana, mahupun lagu cinta, sedih, atau gembira mereka tetap membawakannya dengan ceria. Kebanyakan band-band yang menyanyikan lagu sedih pastinya akan terbawa-bawa suasana yang sedih ataupun galau -istilahnya sekarang, berbeza dengan Rutikiju yang membuat lagu sedih atau galau tetapi tetap ceria, alasannya agar pendengar tidak terikut dalam kesedihan, dan boleh menerima kesedihan dengan hati yang lapang dan tersenyum.

Seiring berjalannya waktu, perkembangan Rutikiju sebagai band yang semakin solid, tahun 2007 Rutikiju bertemu dengan Fery Agustian sebagai Guitar Utama dan pada tahun 2008 angtollo masuk sebagai bassist, melengkapkan anggota Rutikiju selain Adit dan Rezy dan dirasmikan secara sah pada 9 Mac 2009, dan hingga sekarang tetap terus konsisten berkarya menghasilkan lagu. Dengarkan single terbaru kami ‘ Tak peduli kau bersama dia’. Rutkiju merupakan artis naungan dan edaran Mapmusic.


Instagram Facebook

Artist Booking:
Emryll +6017-240 0183  Ayu +603-9221 7977
email: mediaasiapro@gmail.com