Bermula dari dua anak muda yang masih menuntut di Fakulti Ekonomi di sebuah Universiti di Jakarta pada tahun 2002, tepatnya Trisakti, Rutikiju terbentuk kerana dua anak muda yang ingin mencapai cita-citanya dalam berkarya muzik iaitu Rezy dan Adit. Mereka berdua selalu bertukar fikiran dalam hal muzik, mulai dari pembahasan soal music pop, reggae, ska, rock dan banyak lagi.

Kerap kali mereka ini saling berbincang untuk mendapatkan ilham karya muzik yang diinginkan. Pada awalnya hanyalah untuk meneruskan project band yang sudah ada, tapi yang terjadi tercetus idea untuk membentuk band baru yang di ilhamkan oleh Rezy untuk menghasilkan karya muzik sendiri dengan hasil karya yang jujur dan tidak dibuat-buat, dan akhirnya bersepakat untuk berkarya dgn genre muzik POP MODIES singkatan dari Pop Modern Oldies.

RUTIKIJU kenapa nama ini di pilih? Hanya secara kebetulan kerana hobi kedua rakan baik ini yang gemar makan roti bakar keju dan minum kopi sambil berbincang mengenai karya muzik mereka. Mereka juga lebih selesa memilih Rutikiju dari Roti Keju kerana mahukan sedikit kelainan dari segi sebutan, supaya mereka tampil lebih unik.Konsep musik Rutikiju yang ceria, easy listening dan sederhana, mahupun lagu cinta, sedih, atau gembira mereka tetap membawakannya dengan ceria. Kebanyakan band-band yang menyanyikan lagu sedih pastinya akan terbawa-bawa suasana yang sedih ataupun galau -istilahnya sekarang, berbeza dengan Rutikiju yang membuat lagu sedih atau galau tetapi tetap ceria, alasannya agar pendengar tidak terikut dalam kesedihan, dan boleh menerima kesedihan dengan hati yang lapang dan tersenyum.

Seiring berjalannya waktu, perkembangan Rutikiju sebagai band yang semakin solid, tahun 2007 Rutikiju bertemu dengan Fery Agustian sebagai Guitar Utama dan pada tahun 2008 angtollo masuk sebagai bassist, melengkapkan anggota Rutikiju selain Adit dan Rezy dan dirasmikan secara sah pada 9 Mac 2009, dan hingga sekarang tetap terus konsisten berkarya menghasilkan lagu. Dengarkan single terbaru kami ‘ Tak peduli kau bersama dia’. Rutkiju merupakan artis naungan dan edaran Mapmusic.


Instagram Facebook

Artist Booking:
Emryll +6017-240 0183  Ayu +603-9221 7977
email: mediaasiapro@gmail.com

0 657