Muhammad Iskandar Bin Roswira atau lebih dikenali sebagai Young Khalifa(YK) adalah seorang ‘Rapper’ dari Singapura. Young Khalifa(YK) pernah menyertai Asia’s Got Talent Season 3 pada tahun 2019.

Bio

Young Khalifa(YK) atau nama sebenar Muhammad Iskandar Bin Roswira lahir pada 13 September 1995 merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik dan beliau berasal dari Singapura. Beliau mula meminati rapping pada usia 12tahun. Eminem dan Logic ialah idola-idola beliau dari mula.

Young Khalifa(YK) memperkembangkan bakatnya melalui platform Bigo LIVE pada tahun 2015. Beliau mendapat sambutan ramai pengguna-pengguna Bigo LIVE. Beliau sering meluahkan perasaan dari segi rap dan nyanyian dengan pelbagai topik-topik masakini ataupun rintihannya.

Pada tahun 2019, beliau diundang untuk beberapa persembahan seperti persembahan amal dan juga di Bazaar Geylang Serai. Berkongsikan satu pentas bersama artis duo, Syamel dan Ernie Zakri untuk penutup tirai Singtel Show. Dan juga, beliau telah merakamkan lagu pertamanya bertajuk “Don’t Let Go” dan lagu kedua bertajuk “This is Khalifa!”. Beliau juga diundang untuk berkolaborasi bersama penyanyi Eriy Ryzale bertajuk Hatiku Panas.

SONGS

  • Young Khalifa – Don’t Let Go (2019)
  • Young Khalifa – This Is Khalifa! (2019)

Follow YK Young Khalifa

» Facebook: @officialyoungkhalifa

» Instagram: @yk.youngkhalifa

» Twitter: @yk.youngkhalifa

» Tik Tok: yk.youngkhalifa

6.01 K