home_Slide_image_ashral

Asral Wali bin Abu Hassan yang ingin dikenali dengan nama “Ashral Hassan” berusia 26 tahun dan merupakan anak kelahiran Klang, Selangor. Beliau yang hobinya bermain gitar dan ukulele merupakan anak ke 4 daripada 9 adik beradik.

Bakat beliau mula terserlah pada tahun 2013 apabila beliau membuat persembahan live untuk kali pertama sebagai pemain gitar dalam sebuah band yg diberi nama “The Diaries”. Beliau juga pernah memasuki pertandingan “Battle of The Band” di sekitar lembah klang.

Walaupun masih muda dan baru dalam bidang nyanyian, seawal 2013 beliau sudah di panggil untuk membuat persembahan korporat dan di pasaraya besar antaranya persembahan anjuran Alam Gapura, persembahan sempena hari raya di Giant Klang Sentral, Festival Ramadhan di GM Klang. Beliau juga pernah Gigs bersama D’October Band secara akustik. Hujung Nov 2016, beliau di jemput ke jamboree pengakap malaysia ke 13 Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai juri persembahan disana.

Dengan kelebihan dan bakat yang di milikinya, Ashral tampil dengan single pertama beliau bertajuk “SALING MERINDU”. Lagu ini adalah hasil karya beliau sepenuhnya dan bergenre “slow rock”. Anak muda ini lebih meminati lagu yang berkonsep slow rock, pop rock dan balada.

“Saling Merindu” adalah sebuah lagu yang menceritakan tentang seseorang yang mengharapkan perasaan yang sama di rasai dengan orang yang di rindukan samaada kawan, kekasih dan juga keluarga. Lagu yang agak ringan, mudah di jiwai oleh semua peringkat umur dan ianya merupakan genre lagu yang mula digilai pendengar pada tahun 2017.

Perjuangan Ashral Hassan diteruskan apabila beliau muncul dengan single kedua bertajuk “Oh Cinta Oh Sayang” hasil ciptaannya pada tahun 2018. Single pertama sebelum ini menampilkan genre “Balada” namun kali ini beliau memberi kelainan dengan menghasilkan lagu yang lebih rancak iaitu bergenre “Pop Rock”.

Lagu ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah jatuh hati pada seorang wanita tetapi malu untuk meluahkannya. Namun dalam diam, wanita tersebut juga telah menaruh perasaan terhadap lelaki tersebut.

Lagu ini dapat menarik minat pendengar kerana melodi yang rancak dan lirik yang “catchy”. Diharap peminat dapat menerima baik lagu ini dan sentiasa menyokong beliau dalam mengembangkan kerjaya seninya sebagai artis baru.


Instagram Facebook

For Artist Promotion & Event/Show Booking: Emryll Tahir +60172400183 (Artist Manager)
email: mediaasiapro@gmail.com

0 4.67 K