home_Slide_image_ashral

Ashral Hassan

Asral Wali bin abu hassan yang ingin dikenali dengan nama “Ashral Hassan” berusia 25 tahun dan merupakan anak kelahiran Klang, Selangor. Merupakan anak ke 4 daripada 9 adik beradik dan beliau berminat bermain gitar dan ukulele.

ASHRAL HASSAN, bakat beliau mula terserlah pada tahun 2013 apabila beliau membuat persembahan live untuk kali pertama sebagai pemain gitar dalam sebuah band yg diberi nama “the diaries. Beliau juga pernah memasuki pertandingan “Battle of the band” di sekitar lembah kang.

Walaupun masih muda dan baru dalam bidang nyanyian, seawal 2013 beliau sudah di panggil untuk membuat persembahan korporat dan di pasaraya besar antaranya persembahan anjuran Alam Gapura, persembahan sempena hari raya di Giant Klang Sentral, Festival Ramadhan di GM Klang. Beliau juga pernah Gigs bersama D’October Band secara akustik. Hujung Nov 216, beliau di jemput ke jamboree pengakap malaysia ke 13 Antarabangsa Kuala Lumpur sbagai juri persembahan disana.

Dengan kelebihan dan bakat yang di milikinya, ASHRAL HASSAN tampil dengan single pertama beliau bertajuk “ SALING MERINDU”. “Saling Merindu” adalah hasil karya Ashral sepenuhnya dan bergenre “ slow rock”. Anak muda ini lebih meminati lagu yang berkonsep Slow rock, pop rock dan balada.

“Saling Merindu” adalah sebuah lagu yang menceritakan tentang seseorang yang mengharapkan perasaan yang sama di rasai dengan orang yang di rindukan samaada kawan, kekasih dan juga keluarga. Lagu yang agak ringan, mudah di jiwai oleh semua peringkat umur dan ianya merupakan genre lagu yang mula di gilai semua pada tahun 2017 ini.

Pada awal akhir bulan Februari 2017, Ashral Hassan telah di lamar oleh MAP MUSIC dan kini beliau bernaung bersama MAP MUSIC. Dijangka lagu “Saling Merindu” akan berada di corong – corong radio padal awal april tahun ini dan mendapat sambutan yang hangat.


Instagram Facebook

Artist Booking:
Emryll +6017-240 0183  Ayu +603-9221 7977
email: mediaasiapro@gmail.com