home_image_Wafariena

“CARILAH AKU”. Lagu ini merupakan buah tangan pertama daripada penyanyi baharu, Wafariena binti Roslan atau lebih mesra disapa sebagai Wafa. Selain berbakat dalam nyanyian, gadis cantik tinggi lampai yang berasal dari Pulau Pinang ini juga bergiat aktif dalam bidang permodelan di samping berlakon dalam beberapa buah muzik video dan filem Buntat. Beliau yang berusia 24 tahun turut fasih bertutur dan menyanyi dalam bahasa Mandarin.
Tampil dengan genre Balada, lagu “Carilah Aku” ini hasil ciptaan Johari Teh dan lirik juga ditulis oleh Johari Teh. Lagu “Carilah Aku” mengisahkan tentang kisah percintaan yang terpisah oleh jarak jauh. Baginya, berjauhan dengan pasangan adalah menyakitkan. Wanita tersebut berharap dapat bertemu kembali dengan kekasihnya dan kekal bahagia.
Single pertama beliau bakal dilancarkan pada November ini dan boleh dengarkan di semua rangkaian muzik. Diharapkan agar lagu “Carilah Aku” mendapat reaksi yang baik daripada pendengar dan media-media tempatan. Teruskan menyokong Wafa untuk mengembangkan lagi bakat dalam industri muzik.

5 Fakta Menarik Tentang Wafa
 Boleh menyanyi dalam pelbagai bahasa (English, Mandarin, Filipina, Bollywood, Thailand)
 Obses dengan kereta
 Suka memasak
 Seorang yang tegas
 Suka hidu bau petrol

Bagi peminat yang ingin mengetahui perkembangan semasa Wafa, boleh ikuti beliau di laman sosial
berikut :
Instagram : wafarienaroslan
Facebook : Wafariena Roslan
Twitter : WafarienaR
Tik Tok : WafarienaRoslan
Artist Booking:
Lisa : +6017-8802842
Email : lisatahir@yahoo.com

0 5.2 K