home_image_EzlySyazwan

Ezly Syazwan Shah Mohd Joeelleyno Bin Mohd Joeelleyno atau lebih mesra sebagai Ezly Syazwan merupakan penyanyi baru di bawah naungan Map Music. Beliau berusia 20 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat diploma jurusan Muzik di UiTM Shah Alam.
Walaupun masih baru dalam industri muzik, Ezly syazwan pernah menyertai pertandingan battle of the band (raja band), menjuarai pertandingan menyanyi peringkat sekolah dan pernah menyertai program realiti televisyen tv9 (Pop Krew). Selain berbakat dalam nyanyian, beliau juga boleh bermain alat muzik seperti gitar, piano dan French Horn. Pengalaman dan bakat yang dimilikinya mendorong Ezly untuk terus berkarya dalam industri muzik.
Single pertama beliau iaiatu “Kau Bukan Dia” bakal dilancarkan pada Julai ini. Beliau berharap single pertama beliau ini diterima ramai dan menyokong perjalanan beliau sebagai penghibur di persada seni.

0 5.14 K