Iss Arffan atau nama seberna Mohd Nur Izwandi Bin Affendi adalah seorang penyanyi “Balada” dari Malaysia. Tiada Bernoktah merupakan single pertama (1) Iss Arffan di bawah naungan Map Music.Tiada Bernoktah adalah ciptaan hasil El Hadam (Media Asia Production Sdn Bhd), manakala lirik juga oleh El Hadam (Media Asia Production Sdn Bhd).

Sebelum bergelar seorang penyanyi, Iss Arffan merupakan seorang pemain bola sepak. Pada suatu hari, ibunya mendengar nyanyian daripadanya terus mengambil keputusan untuk mengasah bakat melalui kelas vokal Melayu Asli. Iss Arffan telah menyertai pertandingan lagu Melayu Asli antara sekolah di seluruh Sarawak dan mendapat tempat Ketiga (3). Setelah 3 tahun menuntut ilmu, beliau telah memberanikan diri untuk membuat persembahan seperti busking & menyertai pertandingan nyanyian karaoke di Sarawak.

Minat untuk menyanyi semakin mendalam, Iss Arffan mula membuat pelbagai cover song di laman Instagramnya. Beliau mencuba nasib dengan menghantar demo ke label Mapmusic dan beliau diterima atas keunikan suara beliau yang sangat memukau. Iss Arffan juga memenangi tempat Ketiga (3) dalam program Lagu Cinta Kita Musim 2, TV3 Malaysia pada tahun 2021.

Lagu ini menceritakan tentang sebuah perhubungan diantara pasangan yang sudah menghampiri ke arah alam perkahwinan. Seorang lelaki yang bertungkus lumus untuk membuat persediaan demi memenuhi kehendak kekasihnya. Namun kekasihnya beralih arah dibelakang setelah berjumpa dengan seorang lelaki yang lebih sempurna dimatanya, akhirnya dilihat sendiri oleh lelaki tersebut.

Atas dugaan yang menimpa, mereka cuba untuk berbincang tentang masa depan tetapi hinaan serta makian yang dilemparkan oleh kekasihnya terhadap dirinya. Usaha tidak berbaloi itu, lalu membuatkan lelaki tersebut mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan kekasihnya. Namun kekasihnya cuba kembali selepas ditipu oleh lelaki lain yang bersamanya. Namun, tiada lagi ruang dihati si lelaki terhadap kekasihnya. Ayat “Sadis terbunuh sakit ditembus oleh katamu” cukup menceritakan betapa hinanya si lelaki dimata si gadis yang tidak tahu erti menghargai sebuah perhubungan yang tulus.

dan lagu ini dikeluarkan pada 22 Januari 2021. Lagu ini boleh didapati di semua platform digital muzik dan streaming. Diharapkan lagu ini mendapat tempat di hati peminat dan sokongan daripada pihak media. Terus menyokong Iss Arffan untuk terus mewarnai industri muzik.

Achievements

  • AWARD – 2nd Runner Up : Lagu Cinta Kita Musim Ke-2 TV3

SONGS

  • Tiada Bernoktah  (2021)

Follow Iss Arffan

» Facebook: @issarffan

» Instagram: @issarffan

» Twitter: @issarffan

» Tik Tok: issarffan

5.52 K