Lagu Sudah Ku Tahu : Tempat Ke-3, AJL31

  • ajl31_01
  • ajl31_03
  • ajl31_05
  • ajl31_06


Syafiq Zulakifli 23 Jan 2017

 

“Tuah ayam nampak di kaki, Tuah Projector Band pada lagu.”

Itulah sinonim dan signifikan yang dapat diungkapkan apabila lagu ‘Sudah Ku Tahu’ nyanyian Projector Band memenangi tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu ke-31 yang disiarkan secara langsung di TV3 pada Ahad, 22 Januari 2017.

Akur di tempat ketiga, lagu hasil karya Razif (ahli kumpulan Projector Band) ini selesa berada di belakang Dayang Nurfaizah dengan lagu ‘Lelaki Teragung’ dan Misha Omar dan Hafiz Suip dengan lagunya ‘Terimaku Seadanya’.

Projector Band berharap dengan rezeki kejayaan ini, mereka akan melangkah dengan lebih baik pada masa hadapan.

“Alhamdulillah ke hadrat Ilahi di atas kejayaan ini. Rezeki tidak akan salah alamatnya. Semua di atas kehendaknya di samping susulan usaha dan doa,” kata Projector Band melalui facebook rasmi mereka.

Kejayaan kumpulan Projector Band ini menjadi penanda aras usaha dan sokongan peminat selama ini membuahkan hasil.

Dengan kemenangan ini, mereka membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta trofi.

Sebelum ini, Projector Band memenangi Anugerah Lagu Strim Paling Tinggi dan Anugerah Muzik Paling Popular di Youtube dalam AIM22 lalu.

Anugerah Juara Lagu ke-31 berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan dihoskan oleh Fara Fauzana, Sarimah Ibrahim, Awal Ashaari dan Fizi.

 

699

Projector Band

PROJECTOR ditubuhkan pada 25 Disember 2013 bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Nama PROJECTOR di cetuskan dari Ahmad Khusairi (Bassist projector) yang merupakan tulang belakang band ini. Pada asalnya, PROJECTOR hanya mempunyai 3 orang ahli kumpulan iaitu Iskandar (Vokalis), Razif (Gitar utama), Ahmad Khusairi (Gitar bass). Dengan komitmen yang penuh untuk terus maju bersama dalam band, mereka tetap mempertahankan nama band tersebut walaupun ahlinya saling bertukar ganti. Dengan usaha yang lebih kuat dan kesungguhan yang tinggi, akhirnya mereka menjadi semakin serasi dan akrab..

PROJECTOR di anggotai oleh 5 orang anak muda yang di kenali sebagai Iskandar (Is) sebagai vokalis, Razif (Angah) sebagai gitar utama, Isnaidi (Edi) sebagai gitar kedua, Ahmad Khusairi (Mat) sebagai gitar bass dan Syafiq (Apit) sebagai Drummer. PROJECTOR dikenali dengan genre ” band rock” yang menampilkan karya mereka melalui media sosial. Pada awal kemunculan mereka, PROJECTOR telah menghasilkan sebuah single yang bertajuk SUDAH KU TAHU yang diilhamkan oleh Razif atau lebih dikenali sebagai Angah yang merupakan gitar utama. Terciptanya lagu ini adalah daripada kisah benar percintaan Razif dengan kekasih yang curang kepadanya. Dengan memiliki suara yang lantang dan penghayatan yang baik dalam lagu ini, Is (vokalis) telah berjaya menarik perhatian pendengar untuk melihat dan menonton karya mereka di youtube yang mencecah hampir 1,000, 000 tontonan.

Pada 11 Disember 2015, PROJECTOR dengan rasminya telah di lamar oleh syarikat rakaman MAPMUSIC yang akan berkerjasama dalam membantu mereka dari segi promosi dan pengurusan. “SUDAH KU TAHU” merupakan single pertama PROJECTOR yang telah menjadi viral di media sosial dan dijangka akan berkumandang di corong – corong radio tempatan pada akhir bulan Februari 2016.


Instagram Facebook

Artist Booking:
Emryll +6017-240 0183  Ayu +603-9221 7977
email: mediaasiapro@gmail.com

6.59 K