home_Slide_image_eka_2

Nur Atiqah Binti Shariffudin atau lebih dikenali dengan Eka Sharif berumur 29 tahun dan di lahirkan pada 31 October 1989 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Memilki ketinggian yang ideal iaitu 170cm dan berat 50kg menjadikan anak kelahiran Kajang ini selalu tampil menawan. Eka Sharif yang pernah menyertai Akademi Fantasia 9 ini mula melibatkan diri dalam bidang tarian bermula pada usia 5 tahun dan pada umur 16 tahun beliau menceburi pula bidang nyanyian. Selain daripada menyanyi, beliau jugak aktif di pentas peragaan.

Eka Sharif dahulunya pernah bergerak secara duo yang dikenali dengan “Hanarose”. Mereka tampil dengan single bertajuk “ girlfriend”dan single kedua mereka yang bertajuk “ Deritaku “ merupakan ost filem Pengantin Malam. Beliau yang kini mula dikenali apabila aktif menggunakan aplikasi “Smule” dan telah memiliki rating yang tinggi di Smule apabila mula menyanyikan lagu “Sudah Ku Tahu” dari Projector Band.

Gadis manis ini tampil dengan single pertamanya “Mengenal Cinta” pada tahun 2016. Lagu ini adalah hasil ciptaan beliau dan Ardiv Jauhari yang menceritakan tentang seseorang yang baru mengenal cinta dan belajar untuk setia. Lagu yang bergenre “Pop” ini mempunyai kekuatan yang tersendiri.
Selepas tampil dengan single pertamanya, Eka meneruskan perjuangannya dalam bidang nyanyian dengan keluaran single keduanya yang bertajuk “Sepenuh Jiwa”. Lagu Sepenuh Jiwa adalah hasil ciptaan daripada Puyu dan Razif selaku gitaris Projector Band. Lagu yang mengisahkan tentang percintaan antara dua benua, yang saling mencintai walaupun berada jauh di mata. Berpegang dengan kesetiaan, mereka berharap agar selalu mencintai sepenuh jiwa.
Akhirnya pada tahun 2018, Eka Sharif muncul dengan lagu “duet” pertamanya bersama Projector Band yang bertajuk “Percaya Hati”. Lagu ciptaan Razif (Projector Band) ini telah mendapat tontonan lebih dari 3 juta di Youtube. Lagu yang mengisahkan tentang seorang kekasih yang sentiasa meyakinkan kekasihnya agar selalu memahami dan percaya bahawa dirinya akan sentiasa setia kepadanya walau apa pun rintangan. Diharap lagu ini akan terus mendapat sambutan pendengar dan menjadikan lagu ini antara lagu “duet” yang diminati.


Instagram Facebook

For Artist Promotion & Event/Show Booking: Emryll Tahir +60172400183 (Artist Manager)
email: mediaasiapro@gmail.com

0 4.28 K