• aim22_01
  • aim22_02
  • aim22_03


Syafiq Zulakifli 21 Dis 2016

aim22_04

Malam Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM 22) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada Ahad lalu, membawa tuah kepada kumpulan ‘Projector Band’ meraih kemenangan menerusi dua anugerah iaitu Anugerah Lagu Strim Paling Tinggi dan Anugerah Muzik Paling Popular di Youtube.

Lebih daripada 19 juta tontonan di Youtube menerusi lagu “Sudah Ku Tahu” yang menjadi fenomena bagi kumpulan ini.

Kemenangan ini memberikan semangat kepada Projector Band yang bakal ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL 31) yang akan diadakan pada 22 Januari nanti.

Pada malam anugerah itu juga, Projector Band diberikan peluang bersama-sama Khalifah Band membuat persembahan menerusi lagu Sudah Ku Tahu, Assalamualaikum Ustazah dan Hang Pi Mana.

Projector Band turut dicalonkan menerusi Anugerah Artis Baharu Terbaik pada malam tersebut.

AIM 22 dihoskan oleh Adibah Noor dan Harith Iskander.

607