Shambles Band

SHAMBLES BAND di tubuhkan pada awal tahun 2014 bertempat di Klang, Selangor . Mereka lebih dikenali dengan nama THE SHAMBLES. Terhasilnya nama ini adalah singkatan daripada nama Shamin yang merupakan vokalis dan tulang belakang band ini. Pada asalnya, Shambles Band hanya mempunyai 3 orang ahli kumpulan iaitu Shamin (Vokalis), Haridz (Drummer), Eska (Gitar bass).

SHAMBLES BAND kini di anggotai oleh 5 orang anak muda yang di kenali sebagai Shamin Iqwan (Vokalis & Gitar kedua), Haridz (Drummer), Eska (Gitar bass), Farhan (Gitar Utama) dan Haris sebagai (Keyboard). Pada awalnya, SHAMBLES BAND lebih dikenali dengan genre “underground” tetapi kini mereka lebih gemarkan muzik yang bergenre “Alternative / Pop rock”.

SHAMBLES BAND kini tampil dengan single pertama mereka yang bertajuk “TUHAN TOLONG AKU” yang di ilhamkan oleh Shamin yang merupakan vokalis kumpulan ini. Terciptanya lagu ini adalah daripada kisah benar percintaan Shamin bersama kekasih yang pergi meninggalkan dia sendirian tanpa arah tuju dan akhirnya beliau mengadu kepada Tuhan tentang segala perasaannya terhadap bekas kekasihnya.

Pada 2 June 2016, SHAMBLES BAND dengan rasminya telah di lamar oleh syarikat rakaman MAPMUSIC yang akan berkerjasama dalam membantu mereka dari segi promosi dan pengurusan. Single “TUHAN TOLONG AKU” hasil nyanyian Shambles Band di jangka akan berada di corong – corong radio pada awal October. Semoga lagu ini mendapat perhatian semua golongan dari semua peringkat umur dan menarik pendengar dengan melodi dan liriknya yang syahdu itu.


Instagram Facebook

Artist Booking:
Emryll +6017-240 0183  Ayu +603-9221 7977
email: mediaasiapro@gmail.com

4.42 K