Iqbal Iqnada

Ahmad Iqbal Baqi Bin Omar Baqi, seorang lagi anak muda yang berjiwa besar dalam industri muzik ini dan lebih dikenali dengan panggilan Iqbal Iqnada. IQBAL IQNADA merupakan anak kelahiran Alor Setar dan kini menetap di Sungai Petani Kedah. Anak muda ini berusia 18 tahun dan baru menamatkan SPM di SMK Khir Johari Sg. Petani. Beliau merupakan anak sulung antara tiga orang adik – beradik dan bakat beliau mula bersinar seawal usia enam tahun dan terus di gilap agar terus bersinar di dalam industri muzik tanah air.

Iqbal Iqnada, pertama kalinya membuat persembahan di hadapan Sultan Kedah ketika usianya 12 tahun. Nama beliau mula di kenali apabila beliau menyertai pertandingan Ceria Popstar 2 anjuran Astro pada tahun 2014 dan berjaya mendapat naib juara untuk program tersebut. Selepas itu, beliau mengikat perjanjian selama setahun setengah bersama Astro. Iqbal Iqnada yang juga mempunyai bakat lakonan pernah berlakon dalam telemovie Puasa Oh Puasa Raya Oh Raya. Anak muda ini mempunyai keistimewaan apabila beliau boleh menyanyi dalam 8 jenis Bahasa seperti Melayu, Inggeris, Kantonis, Hokkien, Mandarin, Hindi, Thailand dan Bangladesh serta sedang mempelajari lagu- lagu berbahasa jepun dan sepanyol.

Iqbal Iqnada kini tampil dengan lagu terbaru beliau bertajuk “Kau Sakiti Ku”. Lagu ‘Kau Sakiti Ku” ini mendapat coretan dari Angah Razif Projector band. Sebuah lagu yang menceritakan tentang kebahagian yang di khianati oleh pasangan dalam bercinta. Perasaan sayang dan cinta yang di sia-siakan dan menjadi sebuah kelukaan.

Pada awal tahun 2017, Iqbal Iqnada dengan rasminya telah di lamar oleh syarikat rakaman MAPMUSIC dan Tunesmith Sdn Bhd yang akan berkerjasama dalam membantu mereka dari segi promosi dan pengurusan. Lagu “ Kau Sakiti Ku” di jangka akan di promosikan di semua stesen radio dan media pada awal bulan Ogos dan semoga mendapat tempat di hati semua pendengar.


Instagram Facebook

Artist Booking:
Lisa Tahir +60 17-880 2842
email: tunesmithoffice@gmail.com

6.33 K