Adib

Syed Muhd Adib bin Syed Rahiman bakat baru yang ingin dikenali dengan Adib merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan yang masih muda berumur 21 tahun. Adib yang merupakan anak tunggal ini mula meminati muzik seawal umur 13 tahun lagi. Beliau yang menjejaki bakat bapanya yang merupakan seorang komposer dan Adib juga pernah mencipta lagu untuk Ainan Tasneem bertajuk ‘ Bersama Di Hari Raya’ pada tahun 2013.

Memiliki tubuh badan yang besar bukan masalah beliau untuk terus menceburi bidang muzik ini. Beliau yang meminati genre lagu “ Pop / Rnb / Hip hop” kini tampil dengan single terbaru bertajuk “MATAMU”.

“MATAMU” adalah nyanyian Adib bersama Alif Sleeq. Lagu ini hasil ciptaan Adib dan Alif Sleeq sendiri yang bergenre Rnb. “matamu” adalah tentang kita menghargai mata orang yang kita sayang. Tak kiralah kekasih, keluarga ataupun kawan. Kerana dari sepasang mata buat kita tahu keikhlasan seseorang. Semuanya dari sepasang mata. Bak kata orang, dari mata turun ke hati.

Pada April 2016, secara rasminya Adib dilamar oleh MAP Music yang akan berkerjasama dalam membantu mereka dari segi promosi dan pengurusan. Single “MATAMU” akan mula di edarkan di semua stesen-stesen radio tempatan pada awal December ini. Di harapkan lagu “ Matamu” mendapat tempat di hati setiap pendengar.


Instagram Facebook

Artist Booking:
Emryll +6017-240 0183  Ayu +603-9221 7977
email: mediaasiapro@gmail.com

4.44 K