Mr.Bie

“ AISYAH ISTRI RASULULLAH “, merupakan single pertama Mr Bie di bawah naungan Map Music. Mr Bie atau nama sebenar beliau Hasbi Haji Muh.Ali adalah seorang penyanyi nasyid indie yang berasal dari kumpulan Feelhoney. Feelhoney merupakan nama kumpulannya yang disertai oleh lima (5) orang penuntut Universiti Malaya yang telah lama bergerak secara sendiri.

Mr. Bie, kemudiannya mengembangkan bakatnya melalui platform Youtube, iaitu menghasilkan parodi yang menjurus kepada lirik yang diubah berbentuk nasihat dan teguran. Hampir kesemua lirik lagu yang dinyanyikan Mr Bie diubah mengikut kesesuaiannya dan berkonsep ketuhanan.

Lagu Aisyah Istri Rasulullah yang bergenre nasyid ini adalah hasil ciptaan daripada beliau sendiri. Lirik diolah dari lagu Aisyah yang dinyanyikan oleh Projector Band. Lagu Aisyah Istri Rasulullah ini menceritakan tentang kisah cinta antara Aisyah dan Rasulullah SAW. Lirik yang menyentuh hati dan naluri, penuh perasaan kasih dan sayang pasti memukau pendengar di luar sana.

Aisyah Istri Rasulullah dilancarkan pada April 2020 di semua platform digital muzik. Diharapkan lagu ini mendapat tempat di hati peminat dan sokongan daripada para media. Teruskan menyokong Mr Bie untuk terus mewarnai industri muzik.

5.85 K