Konsert Sudah Ku Tahu 2018

Projector Band

July 28, 2018 Kuala Lumpur, Wilayah Perseketuan (Malaysia)

Details

Time : 845pm
Venue : Quill Convention Centre, Level 6, Quill City Mall
Address : Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Malaysia
State : Wilayah Perseketuan

KONSERT PERTAMA PROJECTOR BAND – KAMI PERSEMBAHKAN YANG LUAR BIASA
PROJECTOR BAND mula mencipta nama di persada muzik tanah air dengan single SUDAH KU TAHU yang diilhamkan sendiri oleh Razif, pemain gitar utama dalam band ini. Single pertama mereka telah menjadi viral di media sosial dan menjadi fenomena yang besar dalam industri muzik tempatan dua tahun yang lalu. Lagu ini juga telah berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke-31 dan mendapat tempat ke-3. Mereka juga berjaya dalam merangkul anugerah tontonan muzik video paling tertinggi di Youtube iaitu sebanyak 20 Juta tontonan.
Selepas kejayaan lagu Sudah Ku Tahu, fenomena mereka sekali lagi menjadi dengan single AISYAH. Melalui Single AISYAH, jumlah tontonan muzik video di Youtube meningkat sehingga 31 juta tontonan. Lagu ini juga ditulis dan dicipta oleh Razif atau lebih dikenali sebagai Angah.
PROJECTOR BAND sebuah “band rock” yang berasal dari Kuala Kubu Bharu , Selangor .Ditubuhkan pada 25 Disember 2013 dan dianggotai oleh 5 orang anak muda yang terdiri daripada Iskandar (Is) sebagai vokalis, Razif (Angah) sebagai gitar utama, Isnaidi (Edi) sebagai gitar kedua, Ahmad Khusairi (Mat) sebagai gitar bass dan Syafiq (Apit) sebagai pemain drum.

 

Mereka juga pernah tercalon dalam kategori Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2016 (AIM22), Lagu Terbaik dan Lagu Paling Emo di Anugerah Digital ERA 2016 (DMA), Artis Berkumpulan Terbaik di Anugerah Bintang Popular 2017 (ABPBH 3.0), Artis Baru Terbaik, Lagu Terbaik dan Artis Berkumpulan Terbaik di Anugerah Meletop ERA 2017 (AME), Lagu Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2017 (APM).
Mereka terus bertahan dalam industri muzik tempatan dengan empat lagi single yang bertajuk PASTI ADA KAMU, AISYAH, MESKIPUN KAU TAHU, dan PERCAYA HATI, lagu duet pertama bersama Eka Sharif, bekas peserta Akademi Fantasia 9. Lagu – lagu ini juga turut dimuatkan dalam album edisi terhad mereka yang hanya boleh didapati dengan menjadi membeli tiket konsert terawal.
Dengan pencapaian mereka yang hampir 3 tahun mencipta nama di dalam industri muzik tanah air, PROJECTOR BAND telah mendapat peluang untuk mengadakan konsert pertama mereka yang dianjurkan oleh JW Live Productions Sdn Bhd bertempat di Quill Convention Centre, Quill City Mall, Kuala Lumpur. Konsert ini akan diadakan pada 28 Julai 2018 bersamaan dengan hari Sabtu pada pukul 8.45 malam (satu jam). Di konsert ini juga, mereka akan mempersembahkan single terbaru mereka yang bakal dikeluarkan pada tahun ini yang bertajuk SETIA MENANTIMU.
Tiket mula dijual pada 30 Jun 2018 dan boleh didapati di www.ticketcharge.com.my dengan harga RM 50 (normal) dan RM 100 (VIP). Antara yang terawal membeli tiket akan mendapat Album Projector Band secara percuma (stok adalah terhad).
Projector Band berharap konsert ini akan mendapat sambutan yang hangat dan semeriah sambutan peminat-peminat kami yang mendengar dan meminta lagu-lagu kami di semua stesyen radio serta menonton semua muzik video kami di Youtube. Kami mampu memberi persembahan terbaik pada hari konsert tersebut. Bukan saja lagu-lagu kami yang akan dipersembahkan malah terdapat lagu ‘cover’ juga.Kami akan pastikan peminat tidak pulang dengan perasaan hampa dengan persembahan kami.