Duka

Artist :
Title : Duka
Release Date : 2020
Label :
Format : Digital Download

DUKA (Dany Seth) feat NADEERA ZAINI
Lagu: Syko G & Jack Jafni / Lirik: Danny Seth, Syko G & Jack Jafni
(OP Positive Recording SP Media Asia Production Sdn Bhd)

VERSE 1
…………..

Tidak Dapat Ku Leraikan Air Mata Dipipi.
Tangisan Yang Menghantui Seringkali Termimpi.

Garisan Luka Terpampar Hingga Paksa Menyepi.
Setimpal Duka Terdampar Hingga Tiada Bertepi.

Tapi Janji Dalam Kata, Engkau Telah Ingkari.
Hanya Dalam Sekelip Mata Kisah Ini Diakhiri.

Jalanan Masih Lurus, Mencari Diri.
Murung Dan Berkurung Terus Aku Tekad
Menyendiri.

Langkah Kiri Menjerat Seakan Diperhati.
Mentaliti Di Salah Erti Giat Meneliti.

Tapi Apa Sudah Pasti, Manusia Menyakiti.
Trasa Patah Hati Sakit Bila Telah Dikhianati.

Setiap Apa Yang Berlaku Pasti Akan Ada Kebaikan.
Walau Hati Gusar Hangat Dengan Apa Di Bencikan.

Setiap Permulaan Yang Pasti, Akan Ada Pengakhiran.
Walau Ditimpa Tubi Tubi, Dugaan Dan Cabaran.

VERSE 2
…………..

Keluhan Nasib Yang Disaksi Jadi Sumber Inspirasi.
Dua Jiwa Satu Paksi Mungkin Tidak Akan Serasi.

Penglihatan Telah Dikaburi, Gelapnya Halusinasi.
Zahirku Terperangkap Bergari Dalam Imiginasi.

Situasi! Memutuskan Kita Untuk Berlalu Pergi.
Bayangan Gelap Datang Dari Bentuk Tiga Segi.

Guruh Awan Hitam Cuba Untuk Aku Perangi.
Redah Hujan Ribut Hingga Muncul Sang Pelangi.

Rimpuh Rasa Tubuh Hadap Permainan Dunia.
Rapuh Dalam Teguh Dengan Apa Yang Dikurnia.

Derita Yang Ku Gubah Menghasilkan Jalan Cerita.
Dan Engkaulah Penyebab Lagu, Lagu Ini Tercipta.

VERSE 3
…………..

Ego Ke Puncak Langit Dahagakan Kemegahan.
Tanpa Rasa Sedar Masih Berpijak Di Bumi Tuhan.

Jiwa Raga, Jadikan Penyerahan.
Akal Minda Mati Kutu Kerna Inginkan Pencerahan.

Hasrat Di Salah Erti Lalu Diam Tanpa Kata.
Berbeza Pandangan Hati Atau Pandangan Mata.

Berdoa Dalam Sujud Hanya Satu Yang Ku Pinta.
Terhapus Segala Harapan Tiada Lagi Duka Cita.