home_Slide_image_satuband-2

SATUBAND. Pada asalnya, Satu Band ini di tubuhkan oleh Razif iaitu selaku gitaris Projector Band pada tahun 2011. Di mana lagu ‘Aisyah’ yang kini di nyanyikan oleh Projector Band ini memang asalnya dari kumpulan tersebut dan lagu itu telah di berikan nafas baru.
SatuBand di anggotai oleh 4 orang anak muda yang dikenali sebagai Amy (Vokalis), Razif (Gitaris), Zainal (Bassist) dan Kimi (Drummer). Amy pernah menyertai Mentor Legend pada tahun 2014 sebagai anak didik Amy Search. Satu band memilih genre Slow Rock dan Pop Rock, maka di situlah terlahirnya single mereka bertajuk ‘ Sarena Nur Raina’.
‘Sarena Nur Raina” adalah hasil ciptaan daripada Razif selaku gitaris Projector Band. Lagu yang mengisahkan tentang perasaan seorang lelaki yang tiba – tiba jatuh cinta dengan seorang perempuan sedangkan beliau tak pernah mengenal ape itu erti cinta. Lagu ini mengambarkan betapa manisnya perempuan itu seperti nama yang di berikan “Sarena Nur Raina” dan berjanji akan setia selamanya.
Pada pertengahan 2017, SatuBand dengan rasminya telah di lamar oleh syarikat rakaman MAPMUSIC yang akan berkerjasama dalam membantu mereka dari segi promosi dan pengurusan. “Sarena Nur Raina” dijangka akan berada di corong – corong radio pada Pertengahan November ini. Semoga lagu ini mendapat sambutan dan sokongan dari semua peringkat umur dan dapat menerima lagu ini dengan baik.


Instagram Facebook

Artist Booking:
Emryll +6017-240 0183  Ayu +603-9221 7977
email: mediaasiapro@gmail.com

0 4.62 K