home_image_IqmalHaziq

Iqmal Haziq bin Hairinal yang ingin dikenali dengan nama “IQMAL HAZIQ”. Anak muda yang baru meningkat remaja ini masih berusia 16 tahun dan merupakan anak kelahiran Kuala Kubu Bharu, Selangor. Beliau bersekolah di Smk Kuala Kubu Bharu dan merupakan anak ke 3 daripada 4 orang adik beradi.Hobi beliau adalah melukis dan bersukan.

IQMAL HAZIQ , bakatnya mula terserlah seawal umur 16 tahun. Dengan kelebihan dan bakat yang di milikinya, Iqmal Haziq tampil dengan single pertama beliau bertajuk “ SEDAR ”. “Sedar” adalah hasil karya daripada Razif Projector band sepenuhnya dan bergenre “ slow rock”. Anak muda ini lebih meminati lagu yang berkonsep Slow rock dan Pop Rock.

“Sedar” adalah sebuah lagu yang menceritakan tentang kasih sayang yang sangat mendalam antara seorang ibu dan anak. Seorang anak yang setiap hari tidak pernah putus mendoakan agar ibu yang disayangi sedar daripada koma. Ibu yang disayangi mengalami kemalangan jalan raya semasa mengambil beliau dari sekolah.

Pada awal tahun 2017, Iqmal Haziq telah di lamar oleh MAP MUSIC dan kini beliau bernaung bersama MAP MUSIC. Dijangka lagu “Sedar” akan berada di corong – corong radio pada April tahun ini dan mendapat sambutan yang hangat.


Instagram Facebook

Artist Booking:
Emryll +6017-240 0183  Ayu +603-9221 7977
email: mediaasiapro@gmail.com

2 4.69 K

2 thoughts on “Iqmal Haziq

  1. bayo 7 months ago

    lagu memang sedap..beliau penyanyi yang dapat menyentuh hati kita

    1. bayo 7 months ago

      saya kenal penyanyi ni sejak saya berusia 8 tahun hobinya dari kecil memang suka menyanyi saya kenali penyanyi ini dari skuad Bola sepak hulu selangor kami berkembang dan berkongsikan bakat kami di hulu selangor singkatan “HUSEL” sehinggalah masa kini ..iqhmal haziq tidak pernah membanggakan diri walaupun sudah terkenal di media sosial degan lagu pertamanya bertajuk “SEDAR” bakat yang dimilikinya digunakan sepenuhnya dan berjaya membuat orang ramai tertarik dengan lagu “SEDAR”