• ajl31_01
  • ajl31_03
  • ajl31_05
  • ajl31_06


Syafiq Zulakifli 23 Jan 2017

 

“Tuah ayam nampak di kaki, Tuah Projector Band pada lagu.”

Itulah sinonim dan signifikan yang dapat diungkapkan apabila lagu ‘Sudah Ku Tahu’ nyanyian Projector Band memenangi tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu ke-31 yang disiarkan secara langsung di TV3 pada Ahad, 22 Januari 2017.

Akur di tempat ketiga, lagu hasil karya Razif (ahli kumpulan Projector Band) ini selesa berada di belakang Dayang Nurfaizah dengan lagu ‘Lelaki Teragung’ dan Misha Omar dan Hafiz Suip dengan lagunya ‘Terimaku Seadanya’.

Projector Band berharap dengan rezeki kejayaan ini, mereka akan melangkah dengan lebih baik pada masa hadapan.

“Alhamdulillah ke hadrat Ilahi di atas kejayaan ini. Rezeki tidak akan salah alamatnya. Semua di atas kehendaknya di samping susulan usaha dan doa,” kata Projector Band melalui facebook rasmi mereka.

Kejayaan kumpulan Projector Band ini menjadi penanda aras usaha dan sokongan peminat selama ini membuahkan hasil.

Dengan kemenangan ini, mereka membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta trofi.

Sebelum ini, Projector Band memenangi Anugerah Lagu Strim Paling Tinggi dan Anugerah Muzik Paling Popular di Youtube dalam AIM22 lalu.

Anugerah Juara Lagu ke-31 berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan dihoskan oleh Fara Fauzana, Sarimah Ibrahim, Awal Ashaari dan Fizi.

 

0 214