home_Slide_image_eka_2

Nur Atiqah Bte Shariffudin atau lebih dikenali dengan Eka Sharif berumur 27 tahun dan di lahirkan pada 31 October 1989 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Memilki ketinggian yang ideal iaitu 170cm dan berat 50kg menjadikan anak kelahiran Kajang ini selalu tampil menawan. Eka Sharif yang pernah menyertai Akademi Fantasia 9 ini mula melibatkan diri dalam bidang tarian bermula pada usia 5 tahun. Dan pada umur 16 tahun beliau menceburi bidang nyanyian. Memiliki potongan badan 35,25,36 membuatkan Eka Sharif tampil lincah dengan bakat tarian yang di milikinya. Selain daripada menyanyi, beliau jugak aktif di pentas peragaan.
Eka Sharif dahulunya pernah bergerak secara duo yang dikenali dengan “Hanarose”. Mereka tampil dengan single bertajuk “ girlfriend”dan single kedua mereka yang bertajuk “ Deritaku “ merupakan ost filem Pengantin Malam.
Beliau yang kini mula dikenali apabila aktif menggunakan applikasi “ Smule” dan telah memiliki rating yang tinggi di Smule apabila mula menyanyikan lagu “Sudah Ku Tahu” dari Projector Band.

Selepas tampil dengan single pertama “ Mengenal Cinta” pada tahun lepas, kini gadis manis yang tinggi lampai ini tampil semula dengan single kedua yang bertajuk “ Sepenuh Jiwa”.

Sepenuh Jiwa” adalah hasil ciptaan daripada Puyu dan Razif selaku gitaris Projector Band. Lagu yang mengisahkan percintaan antara dua benua, yang saling mencintai  walaupun berada jauh di mata. Berpegang dengan Kesetiaan, mereka berharap agar selalu mencintai sepenuh jiwa.

Lagu yang bergenre “ Pop Rock” ini akan mula di  edarkan di semua stesen-stesen radio pada awal November ini. Semoga single terbaru ini akan mendapat sambutan hebat dari semua peringkat umur.


Instagram Facebook

Artist Booking:
Lisa Tahir +6017-880 2842  Ayu +603-9221 7977
email: mediaasiapro@gmail.com

0 3.89 K